1. Kekurangan pengalaman.
- Ini adalah antara faktor kebuntuan dalam memulakan perniagaan pada awal perdagangan dilakukan. Kebuntuan ini didorong oleh kekurangan kekuatan dalam mengurus dan menjalankan perniagaan. Memang tak dinafikan kebanyakan peniaga akan mengalami masalah yang sama ini dalam memulakan perniagaan, tapi apabila telah berjaya, kesusahan itu menjadi kemanisan akhirnya.
2. Memberi latihan dan pengetahuan yang secukupnya.
- Cabaran yang seterusnya adalah kesukaran untuk mencari pekerja yang benar-benar mahir. Tahap ini adalah agak sukar untuk mendapatkan pekerja yang berpengalaman bekerja di bidang yang berkaitan. Sebagai contoh, peniaga yang ingin membuka perniagaan salon maka peniaga tersebut memerlukan pembantu yang mempunyai pengalaman untuk gunting rambut, dandanan, solekan, hiasan dan sebagainya. Mereka perlu memastikan bahawa perkhidmatan atau produk mereka memberi kepuasan kepada pelanggan serta pelanggan setia untuk datang balik untuk beli produk atau servis mereka.
3. Memilih strategi perniagaan
- Membina perniagaan tidak bermaksud telah menang, baru bermulanya halangan untuk ditempuhi. Peniaga perlu memilih strategi perniagaan seperti pilih pemborong, bagaimana mendapatkan pembeli baru, cara-cara untuk meningkatkan jualan, dan sebagainya.
4. Sikap yang tidak bermotivasi.
- Sikap tidak yakin dengan keupayaan dan kebolehan syarikat untuk bersaing dengan pesaing terkenal di luar negara sering membantutkan hasrat usahawan untuk memperkenalkan produk atau perkhidmatannya di pasaran luar. Apabila wujud sikap tidak yakin, ia akan menyebabkan usahawan tidak berani mengambil risiko untuk mengembangkan perniagaannya walaupun peluang untuk memasuki pasaran antarabangsa sedia wujud.
5. Kekurangan maklumat.
- Ramai usahawan memasuki pasaran tanpa maklumat yang mencukupi terutama maklumat berkaitan dengan polisi, prosedur, sistem percukaian dan lain-lain maklumat yang berguna. Akibat dari kekurangan maklumat ini, usahawan tidak memahami persekitaran perniagaan di negara yang dimasuki. Untuk mengatasi masalah ini, usahawan boleh mendapatkan maklumat dari pejabat kedutaan negara tersebut atau cuba mencari rakan niaga di negara yang ingin dimasuki.
6. Kekurangan modal.
- Tidak terhad kepada bantuan kewangan melalui bank atau institusi kewangan. Sumber kewangan boleh juga dijana dari saudara mara atau rakan kongsi, tapi memang sukar bagi kita bangsa Melayu dalam meyakinkan saudara mara untuk meminjam wang. Melainkan saudara mara anda itu cukup rapat dengan anda.
Dalam artikel berikut adalah contoh-contoh yang tentang cabaran atau masalah yang dihadapi oleh usahawan semasa memulakan perniagaan...
Masalah-masalah yang dihadapi oleh usahawan semasa memulakan perniagaan selepas start-up adalah:-
– Ini juga masalah biasa dihadapi oleh para usahawan. Kekangan kewangan membuat tak ada banyak pilihan. Tersilap habiskan wang untuk pemasaran yang tak menjadi bakal membungkuskan perniagaan. Nak buat tak pasti, tak buat tak boleh. Kalau sekadar tunggu atas kerusi pejabat, pelanggan tak akan datang. Jadi nak buat macam mana?
2. Masalah jualan.
- Jika masalah pemasaran berjaya diselesaikan dan berjaya membuka pagar yang memisahkan antara pelanggan dengan syarikat anda, timbul pula masalah jualan. Pelanggan datang tapi tak beli. Atau pelanggan beri respon tapi tidak dilayan pula dan sebagainya.
3. Masalah pekerja.
- Ini juga satu masalah yang amat lumrah datang silih berganti. Jika dilayan dan diambil hati boleh membuatkan taukeh lari. Usahawan akan sering berhadapan dengan pekerja yang tak buat kerja, malas, suka ponteng, tak tahu nak buat kerja, tak berminat datang kerja, tak boleh diharapkan, tak bekerjasama dan senarainya akan datang berjela-jela. Tak pernah habis.
4. Masalah akaun.
- Ini juga antara masalah paling top di hadapi oleh ramai para usahawan. Ia melibatkan perniagaan yang tak menguntungkan, kos operasi yang tinggi, wang tunai tak ada, bayaran tak masuk. Tak tahu ke mana duit menghilang, tak pasti samada boleh bayar hutang dan lain-lain lagi seumpamanya. Jika masalah ini tak diselesaikan, akan membawa kepada timbulnya masalah pertama di atas.
5. Masalah semangat yang hilang.
- Ini merupakan masalah pada diri usahawan itu sendiri yang adakalanya datang dan pergi. Bila rugi teruk, semgat turun, bila banyak kerja sangat tapi tak untung, semangat juga akan mula pudar. Masalah ini perlu dihadapi dan diselesaikan walau dengan apa cara sekalipun. Kerana ia merupakan perkara paling penting nombor satu dalam menjadi seorang usahawan yang berjaya.
Selain itu, masalah-masalah yang dihadapi oleh usahawan adalah banyak seperti:
i. Tarif.
ii. Bukan Tarif.
iii. Faktor budaya.
iv. Pertukaran mata wang asing.
Contoh-contoh artikel yang tentang kenapa usahawan gagal dalam perniagaan...